
|
Bonjour!
Tagboard
Put your cbox or shoutmix code here
My Melody Visit dem' The Mastermind |
Erti Sahabat...
Persahabatan adalah sebuah ikatan yang ternilai harganya.Persahabatan tidak boleh dibeli dengan wang dan bukan boleh dijual. Persahabatan lahir dari hati yang tulus dan ikhlas. Persahabatn sebuah percintaan yang memerlukan kejujuran, kepercayaan, kasih sayang, tolak ansur dan faham antara satu sama lain. Itu penting. Memang mengukuhkan persahabatan itu agak rumit dan membina persahabatan yang berkekalan itu susah, tetapi kalau kita ikhlas, kasih dan sayang..mungkin..persahabatan itu kekal. Persahabatan itu sangat indah. Persahabatn umpama manusia dan udara, tanpa udara manusia tidak boleh bernafas, Ikan dan laut, tanpa air ikan akan mati. Pokok dan matahari, tanpa matahari pokok akan layu kerana kekurangan zat dan nutrien. Kadang kala, persahabatan itu bagaikan bintang. Walaupun kawan berada jauh dengan kita, kita tahu dia selalu bersama kita, berada di samping setiap masa. |